Saturday, December 25, 2010

MENGAPA HARUS BERSEDIH !





Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur - banyak mana yang telah Allah beri kepada kita.


Mata,telinga,mulut,tangan,kaki,dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang di sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang......
Rumah,kereta,isteri,anak-anak,segalanya cukup .


Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil ..
INSYAALLAH ~


Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak,isteri,jiran,kerja,kereta,bf gf,masalah itu dan sebagainya ...
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan


Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar dari itu.


Percaya la ..
so ..
jangan la kita bersedih lagi ..
segala yang berlaku ada hikmahnya ..

No comments:

Post a Comment