Saturday, December 25, 2010

MASALAH ! MASALAH ! MASALAH !





Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan dan juga iblis ? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs ( melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis ) itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.


Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu bani adam, dia akan menggoda bani adam, dia akan menyesatkan bani adam. Mereka akn berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak daripada kita kecil, dewasa hinggalah kita kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.


Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalh, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi. ( tetiba rasa macam fadzilah kamsah la plak :p )


Yakin lah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan..


INSYAALLAH ~

No comments:

Post a Comment